اَللَّهُمَّ اشْرَحْ لَنَا بِالقُرءَانِ العَظِيْمِ صُدُورَنَا، وَيَسِّرْبِهِ أُمُورَنَا، وَعَظِّمْ بِهِ أُجُورَنَا، وَحَسِّنْ بِهِ أَخْلاَقَنَا وَوَسِّعْ بِهِ أَرْزَاقَنَا وَنَوِّرْبِهِ قُبُوْرَنَا يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Selasa, 14 Julai 2009

MINGGU PENDIDIKAN ISLAM 2009

06 Julai - 10 Julai 2009

Minggu Pendidikan Islam telah berjalan dengan lancarnya dengan mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada para pelajar. Tahniah kepada semua pelajar yang memeriahkan suasana dan nampak bersungguh-sungguh dalam menyertai aktiviti yang sangat berfaedah seperti ini.

Sebanyak tiga acara utama telah dipertandingkan iaitu:

a) Pertandingan Membaca Teks dan Menulis Jawi

b) Pertandingan Melaungkan Azan dan Iqamah

c) Pertandingan Menghafaz Surah Lazim

Jom tengok gambar-gambar menarik yang sempat dirakam sepanjang minggu pendidikan islam berlangsung....
Antara peserta hafaz surah lazim, pertandingan ini diadakan dalam bilik pra sekolah hari jumaat bermula jam 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Peserta-peserta hafazan perempuan... pertandingan hafazan ini telah dihakimi oleh ustaz zubir dan ustaz yusri.

Acara paling meriah dikalangan pelajar lelaki, melaungkan azan dan iqamah. Acara ini diadakan pada hari rabu jam 2.00 petang hingga 4.30 petang. Tahniah adik-adik yang menyumbangkan suara merdu masing-masing...

Ustaz Nazimi sebagai ketua hakim dan juga Ustaz Karaini yang turut di undang sebagai hakim jemputan memeriahkan lagi majlis pada petang itu, para peserta juga terkejut sehingga ada yang gagap, terketar, berulang alik ke tandas dan tak kurang juga menarik diri saat-saat terakhir terutama tahun tiga...sesungguhnya pengalaman itu amat berharga.

Sementara itu pertandingan membaca teks dan menulis jawi telah diadakan sepanjang minggu di bilik agama islam sewaktu rehat dengan tahun 6 pada hari selasa, tahun 5 hari rabu dan tahun 4 pula pada hari khamis. Jumlah peserta juga amat memberangsangkan dengan dihakimi oleh ustazah iman, noresah, hasliza dan fuziah.

Ustazah Iman dan Ustazah Noresah sedang menguji para peserta...

Read more...

Isnin, 6 Julai 2009

TAHNIAH ADIK NUR IZZAH FATIN




Tempat ke 3 Tilawah Al-Quran Petronas



Alfun Mabruk diucapkan kepada adik Nur Izzah Fatin binti Othman yang telah menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Petronas Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah diadakan di Dewan Petronas Methanol Labuan Sdn. Bhd. pada 26 Jun hingga 28 Jun 2009 yang lalu.

Beliau telah mendapat tempat ketiga dalam katagori Tilawah Kanak-Kanak mewakili Petronas Carigali Sarawak Operation, Miri. Adik Fatin daripada kelas 4 Bestari SK Lutong telah berjaya membawa pulang sebuah trofi beserta sijil dan juga saguhati wang tunai.

Syabas adik Fatin, teruskan kecemerlangan anda.

Read more...

Rabu, 1 Julai 2009

KEM BESTARI SOLAT SIRI 3/2009

Sekolah Kebangsaan Lutong, Miri.
Sekitar Kem Bestari Solat Tahun 1, 2 dan 3.
27 jun 2009

Tulang belakang aktiviti KBS. Kelihatan Ustaz Nazimi sibuk melayan pelajar begitu juga dengan Ustaz Yusri.. turut melayan Ustazah Noresah, Aishah, Iman, Hasliza dan Fuziah.

Menjamu selera... minum pagi dan makan tengah hari. Turut membantu menyediakan makanan Cikgu Nik Nawal dan Cikgu Fatihah...

Amali wuduk, kelihatan ustazah Noresah sedang mengawasi para pelajar berwuduk..

Aktiviti LDK dalam kelas..

Read more...

Sabtu, 27 Jun 2009

KBS Siri ke Tiga - Tahun 4 dan 5

Sekitar Kem Bestari Solat Tahun 4 dan 5
Siri ke Tiga
Masjid An-Naim, Lutong, Miri, Sarawak.














Read more...

P. A. F. A

Amali Solat

Pelajar Islam tahun enam wajib menduduki ujian P.A.F.A dan akhirnya semua pelajar telah berjaya melepasi ujian ini walaupun ada sebilangan kecil yang masih lemah menguasai tetapi atas berkat bimbingan guru akhirnya mereka juga berjaya menguasainya. Penilaian ini dilakukan secara lisan dan amali mengikut kod-kod yang telah ditetapkan.


Harapan:

Semoga penilaian ini akan memantap dan memartabatkan lagi penguasaan pelajar islam dalam perkara asas fardu ain seperti yang dikehendaki syarak.

Read more...

Sekitar Ujian Pencapaian Jawi Tahun 5

Ujian Pencapaian Jawi Kelas 5 Bestari dan 5 Amanah
Relax ja syuhadah...dah siap le tu..
Tekun adik Benhar menjawab
Syabil seperti biasa melakonkan watak warak...

Kelas 5 Tekun dan 5 Iltizam menjawab di Bilik Agama Islam...kelihatan adik Zubaidah dan rakan-rakan sedang menjawab dengan meggunakan rehal baru DHO..





Read more...

Selasa, 23 Jun 2009

UJIAN PENCAPAIAN JAWI


Pelajar Tahun satu diberi ujian pencapaian jawi

Eh..senang je ni..

Eh eh.. lu fikir lah sendiri!

Adik Amirul dan Hasbi tekun menjawab


Betul dah ni yang aku padankan..mmm boleh dapat 100 markah insyaallah..



Syukur, Alhamdulillah sepanjang minggu ini pelajar-pelajar islam telah diuji dengan tahap pencapaian jawi mereka sepanjang enam bulan pertama.

Ujian sumatif ini dijalankan setelah murid2 mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas jawi biasa dan kelas pemulihan jawi program j-QAF. Ia merupakan instrumen pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran mengikut sukatan pelajaran.

Ujian terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

a) Ujian pencapaian enam bulan pertama
b) Ujian pencapaian enam bulan kedua

Ujian ini dilakukan secara individu mengikut kemahiran dan sukatan pelajaran yang telah diajar kepada murid-murid.

Pencapaian ini akan direkodkan dalam borang ‘Rekod Ujian Pencapaian Jawi’.

Tindakan Susulan

1) Pelajar yang berjaya mencapai tahap markah antara 40% - 100% akan kekal dalam kelas jawi biasa.
2) Pelajar yang hanya mencapai markah antara 0% - 39% akan dimasukan ke kelas pemulihan jawi.

Semoga ujian ini akan dapat membantu mengatasi masalah keciciran murid dalam menguasai bacaan dan tulisan jawi.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP