اَللَّهُمَّ اشْرَحْ لَنَا بِالقُرءَانِ العَظِيْمِ صُدُورَنَا، وَيَسِّرْبِهِ أُمُورَنَا، وَعَظِّمْ بِهِ أُجُورَنَا، وَحَسِّنْ بِهِ أَخْلاَقَنَا وَوَسِّعْ بِهِ أَرْزَاقَنَا وَنَوِّرْبِهِ قُبُوْرَنَا يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Selasa, 14 Julai 2009

MINGGU PENDIDIKAN ISLAM 2009

06 Julai - 10 Julai 2009

Minggu Pendidikan Islam telah berjalan dengan lancarnya dengan mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada para pelajar. Tahniah kepada semua pelajar yang memeriahkan suasana dan nampak bersungguh-sungguh dalam menyertai aktiviti yang sangat berfaedah seperti ini.

Sebanyak tiga acara utama telah dipertandingkan iaitu:

a) Pertandingan Membaca Teks dan Menulis Jawi

b) Pertandingan Melaungkan Azan dan Iqamah

c) Pertandingan Menghafaz Surah Lazim

Jom tengok gambar-gambar menarik yang sempat dirakam sepanjang minggu pendidikan islam berlangsung....
Antara peserta hafaz surah lazim, pertandingan ini diadakan dalam bilik pra sekolah hari jumaat bermula jam 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Peserta-peserta hafazan perempuan... pertandingan hafazan ini telah dihakimi oleh ustaz zubir dan ustaz yusri.

Acara paling meriah dikalangan pelajar lelaki, melaungkan azan dan iqamah. Acara ini diadakan pada hari rabu jam 2.00 petang hingga 4.30 petang. Tahniah adik-adik yang menyumbangkan suara merdu masing-masing...

Ustaz Nazimi sebagai ketua hakim dan juga Ustaz Karaini yang turut di undang sebagai hakim jemputan memeriahkan lagi majlis pada petang itu, para peserta juga terkejut sehingga ada yang gagap, terketar, berulang alik ke tandas dan tak kurang juga menarik diri saat-saat terakhir terutama tahun tiga...sesungguhnya pengalaman itu amat berharga.

Sementara itu pertandingan membaca teks dan menulis jawi telah diadakan sepanjang minggu di bilik agama islam sewaktu rehat dengan tahun 6 pada hari selasa, tahun 5 hari rabu dan tahun 4 pula pada hari khamis. Jumlah peserta juga amat memberangsangkan dengan dihakimi oleh ustazah iman, noresah, hasliza dan fuziah.

Ustazah Iman dan Ustazah Noresah sedang menguji para peserta...

0 ulasan:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP