اَللَّهُمَّ اشْرَحْ لَنَا بِالقُرءَانِ العَظِيْمِ صُدُورَنَا، وَيَسِّرْبِهِ أُمُورَنَا، وَعَظِّمْ بِهِ أُجُورَنَا، وَحَسِّنْ بِهِ أَخْلاَقَنَا وَوَسِّعْ بِهِ أَرْزَاقَنَا وَنَوِّرْبِهِ قُبُوْرَنَا يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Selasa, 23 Jun 2009

UJIAN PENCAPAIAN JAWI


Pelajar Tahun satu diberi ujian pencapaian jawi

Eh..senang je ni..

Eh eh.. lu fikir lah sendiri!

Adik Amirul dan Hasbi tekun menjawab


Betul dah ni yang aku padankan..mmm boleh dapat 100 markah insyaallah..



Syukur, Alhamdulillah sepanjang minggu ini pelajar-pelajar islam telah diuji dengan tahap pencapaian jawi mereka sepanjang enam bulan pertama.

Ujian sumatif ini dijalankan setelah murid2 mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas jawi biasa dan kelas pemulihan jawi program j-QAF. Ia merupakan instrumen pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran mengikut sukatan pelajaran.

Ujian terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

a) Ujian pencapaian enam bulan pertama
b) Ujian pencapaian enam bulan kedua

Ujian ini dilakukan secara individu mengikut kemahiran dan sukatan pelajaran yang telah diajar kepada murid-murid.

Pencapaian ini akan direkodkan dalam borang ‘Rekod Ujian Pencapaian Jawi’.

Tindakan Susulan

1) Pelajar yang berjaya mencapai tahap markah antara 40% - 100% akan kekal dalam kelas jawi biasa.
2) Pelajar yang hanya mencapai markah antara 0% - 39% akan dimasukan ke kelas pemulihan jawi.

Semoga ujian ini akan dapat membantu mengatasi masalah keciciran murid dalam menguasai bacaan dan tulisan jawi.

0 ulasan:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP