اَللَّهُمَّ اشْرَحْ لَنَا بِالقُرءَانِ العَظِيْمِ صُدُورَنَا، وَيَسِّرْبِهِ أُمُورَنَا، وَعَظِّمْ بِهِ أُجُورَنَا، وَحَسِّنْ بِهِ أَخْلاَقَنَا وَوَسِّعْ بِهِ أَرْزَاقَنَا وَنَوِّرْبِهِ قُبُوْرَنَا يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Sabtu, 27 Jun 2009

KBS Siri ke Tiga - Tahun 4 dan 5

Sekitar Kem Bestari Solat Tahun 4 dan 5
Siri ke Tiga
Masjid An-Naim, Lutong, Miri, Sarawak.














Read more...

P. A. F. A

Amali Solat

Pelajar Islam tahun enam wajib menduduki ujian P.A.F.A dan akhirnya semua pelajar telah berjaya melepasi ujian ini walaupun ada sebilangan kecil yang masih lemah menguasai tetapi atas berkat bimbingan guru akhirnya mereka juga berjaya menguasainya. Penilaian ini dilakukan secara lisan dan amali mengikut kod-kod yang telah ditetapkan.


Harapan:

Semoga penilaian ini akan memantap dan memartabatkan lagi penguasaan pelajar islam dalam perkara asas fardu ain seperti yang dikehendaki syarak.

Read more...

Sekitar Ujian Pencapaian Jawi Tahun 5

Ujian Pencapaian Jawi Kelas 5 Bestari dan 5 Amanah
Relax ja syuhadah...dah siap le tu..
Tekun adik Benhar menjawab
Syabil seperti biasa melakonkan watak warak...

Kelas 5 Tekun dan 5 Iltizam menjawab di Bilik Agama Islam...kelihatan adik Zubaidah dan rakan-rakan sedang menjawab dengan meggunakan rehal baru DHO..





Read more...

Selasa, 23 Jun 2009

UJIAN PENCAPAIAN JAWI


Pelajar Tahun satu diberi ujian pencapaian jawi

Eh..senang je ni..

Eh eh.. lu fikir lah sendiri!

Adik Amirul dan Hasbi tekun menjawab


Betul dah ni yang aku padankan..mmm boleh dapat 100 markah insyaallah..



Syukur, Alhamdulillah sepanjang minggu ini pelajar-pelajar islam telah diuji dengan tahap pencapaian jawi mereka sepanjang enam bulan pertama.

Ujian sumatif ini dijalankan setelah murid2 mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas jawi biasa dan kelas pemulihan jawi program j-QAF. Ia merupakan instrumen pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran mengikut sukatan pelajaran.

Ujian terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

a) Ujian pencapaian enam bulan pertama
b) Ujian pencapaian enam bulan kedua

Ujian ini dilakukan secara individu mengikut kemahiran dan sukatan pelajaran yang telah diajar kepada murid-murid.

Pencapaian ini akan direkodkan dalam borang ‘Rekod Ujian Pencapaian Jawi’.

Tindakan Susulan

1) Pelajar yang berjaya mencapai tahap markah antara 40% - 100% akan kekal dalam kelas jawi biasa.
2) Pelajar yang hanya mencapai markah antara 0% - 39% akan dimasukan ke kelas pemulihan jawi.

Semoga ujian ini akan dapat membantu mengatasi masalah keciciran murid dalam menguasai bacaan dan tulisan jawi.

Read more...

Khamis, 28 Mei 2009

Klinik Bimbingan Peperiksaan UPSR Kelab TaHa 2009


Dari kiri: Izatul Zahirah binti Abd. Kadir (6 Iltizam), Nurfatini binti Mohd. Ithin (6 Bestari), Ainie Ajiera binti Rosman (6 Bestari), Dayang Umira Athira Fatini binti Abg. Mustapha (6 Bestari), Shamrin bin Mohd. Serbini (6 Amanah), Ahmad Zamanie bin Reni (6 Iltizam), Mohamed Shahmi bin Mohmed (6 Tekun), Muhd. Shahfeezan bin Zini (6 Bestari), Abdul Wazif bin Abd. Muin (6 Amanah) dan Mohd. Ramadhan bin Nerawi (6 Iltizam).

Seramai 10 pelajar Islam SK Lutong terdiri dari 6 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan yang merupakan ahli Kelab TaHa telah menyertai Klinik Bimbingan Peperiksaan UPSR Kelab - TaHa 2009.


Klinik ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri, Miri pada 24 Mei 2009 (Ahad). Program yang amat bermanfaat kepada pelajar tahun enam yang akan menduduki UPSR tahun ini telah diadakan dari jam 7.00 pagi – 5.00 petang. Semoga Allah mempermudahkan kepada anak-anak kita mencapai kejayaan yang cemerlang.

Read more...

JUNJUNG AMANAH PEMBENTUKAN INSAN MULIA

Assalamualaikum...

Bersyukur kepada Allah yang Esa, dengan berkat Nabi yang Mulia nabi Muhammad semoga Allah memperkenankan usaha yang kecil ini dan menjadikannya sebagai ibadah.

Sebagai menjunjung amanah dan tanggungjawab kepada pembentukan insan mulia, blog ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti pelajar-pelajar dan guru-guru islam SK Lutong, semoga paparan yang seterusnya akan memberi manfaat kepada kita semua demi memartabatkan lagi pendidikan Islam dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat yang berguna kepada murid-murid Islam demi meningkatkan potensi mereka dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Semoga Allah memberkati kerja yang sedikit ini. Amin.

Sekian wassalam.

KP

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP