اَللَّهُمَّ اشْرَحْ لَنَا بِالقُرءَانِ العَظِيْمِ صُدُورَنَا، وَيَسِّرْبِهِ أُمُورَنَا، وَعَظِّمْ بِهِ أُجُورَنَا، وَحَسِّنْ بِهِ أَخْلاَقَنَا وَوَسِّعْ بِهِ أَرْزَاقَنَا وَنَوِّرْبِهِ قُبُوْرَنَا يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Sabtu, 27 Jun 2009

KBS Siri ke Tiga - Tahun 4 dan 5

Sekitar Kem Bestari Solat Tahun 4 dan 5
Siri ke Tiga
Masjid An-Naim, Lutong, Miri, Sarawak.














Read more...

P. A. F. A

Amali Solat

Pelajar Islam tahun enam wajib menduduki ujian P.A.F.A dan akhirnya semua pelajar telah berjaya melepasi ujian ini walaupun ada sebilangan kecil yang masih lemah menguasai tetapi atas berkat bimbingan guru akhirnya mereka juga berjaya menguasainya. Penilaian ini dilakukan secara lisan dan amali mengikut kod-kod yang telah ditetapkan.


Harapan:

Semoga penilaian ini akan memantap dan memartabatkan lagi penguasaan pelajar islam dalam perkara asas fardu ain seperti yang dikehendaki syarak.

Read more...

Sekitar Ujian Pencapaian Jawi Tahun 5

Ujian Pencapaian Jawi Kelas 5 Bestari dan 5 Amanah
Relax ja syuhadah...dah siap le tu..
Tekun adik Benhar menjawab
Syabil seperti biasa melakonkan watak warak...

Kelas 5 Tekun dan 5 Iltizam menjawab di Bilik Agama Islam...kelihatan adik Zubaidah dan rakan-rakan sedang menjawab dengan meggunakan rehal baru DHO..





Read more...

Selasa, 23 Jun 2009

UJIAN PENCAPAIAN JAWI


Pelajar Tahun satu diberi ujian pencapaian jawi

Eh..senang je ni..

Eh eh.. lu fikir lah sendiri!

Adik Amirul dan Hasbi tekun menjawab


Betul dah ni yang aku padankan..mmm boleh dapat 100 markah insyaallah..



Syukur, Alhamdulillah sepanjang minggu ini pelajar-pelajar islam telah diuji dengan tahap pencapaian jawi mereka sepanjang enam bulan pertama.

Ujian sumatif ini dijalankan setelah murid2 mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas jawi biasa dan kelas pemulihan jawi program j-QAF. Ia merupakan instrumen pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran mengikut sukatan pelajaran.

Ujian terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

a) Ujian pencapaian enam bulan pertama
b) Ujian pencapaian enam bulan kedua

Ujian ini dilakukan secara individu mengikut kemahiran dan sukatan pelajaran yang telah diajar kepada murid-murid.

Pencapaian ini akan direkodkan dalam borang ‘Rekod Ujian Pencapaian Jawi’.

Tindakan Susulan

1) Pelajar yang berjaya mencapai tahap markah antara 40% - 100% akan kekal dalam kelas jawi biasa.
2) Pelajar yang hanya mencapai markah antara 0% - 39% akan dimasukan ke kelas pemulihan jawi.

Semoga ujian ini akan dapat membantu mengatasi masalah keciciran murid dalam menguasai bacaan dan tulisan jawi.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP